Kutopang-topang dagu, pusing kanan pusing kiri, pandang siling bilik, masih gambar yang sama. Aduh!!! Aku benci saat ini! Saat menunggu sesuatu yang tidak pasti. Sesuatu yang mempunyai rangka kebarangkalian yang luas. Esok merupakan salah satu hari yang penting bagi setiap individu bergelar pelajar. Terdahulu, intipati hari esok telah menyingkap banyak cerita. Dan di sebalik cerita itu sudah tentu mempunyai pelbagai rasa. Setengah orang dengan senyuman yang panjang serta lidah yang tak henti-henti mengucap syukur. Sesetengah yang lain pula hanya sekadar mengeluh menarik muka kelat kerana gagal. Tidak kurang juga yang berhempas-hempas menyatakan ketidakpuasan-hatinya. Manakan tidak, buku sudah berjilid-jilid dibaca. Kertas sudah berhelai-helai diconteng. Dakwat sudah berkali-kali ditukar. Tapi hasilnya masih juga sama.
Cerita-cerita ini pastinya menjadi sejarah. Pastinya menjadi titik perubahan dalam hidup seseorang. Pastinya menjadi pengajaran dan pengalaman yang sememangnya menjadi elemen penting dalam hidup setiap pesona ciptaan yang Maha Mengetahui. Namun, ada pula yang tidak ambil kisah. Tidak ambil peduli dengan perkara yang di hadapan mata. Pada mereka ia hanyalah sebuah perjalanan hidup yang ada pasang-surutnya. Hidup berputar bagai roda katanya. Adakalanya di atas adakalanya pula di bawah. Tapi mereka terlupa yang masa juga sentiasa cemburukan kita. Unsur-unsur takdir pula bermain di benak fikiran. Ah! Biar saja Yang Agung lagi Berkuasa itu menentukan. Yang penting kita sudah usaha. Ada usaha, berkat doa, Insyallah, Dia akan dengar. Kan memang sifat-Nya yang Maha Adil...
=]
Tuesday, December 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

good luck!
ReplyDelete