Alhamdulillah, akhirnya deria rasa aku kembali
Selamat kembali Izuddin~!
Dia...
Siang sangat panjang
keluh kesah nanti bulan
tunggu burung pulang
jingga segera warna awan
Hari ini aku pulang ke rumah
hari biasa, tiada revolusi aneh berdendang
nunggu-nunggu dia sampai sudah, sampai lemah, sampai bungkam
lagu-lagu perlahan berputar mengikut pusar sendiri
kan elok kalau aku sendiri yang susun komposisi lagu itu
tentu sekali setiap bait, setiap baris, ku tulis nama dia
ah, sekali lagi, aku bukan penulis
enggan cuba, enggan cuba, enggan cuba
akan begitu mahu apa lagi ku tekan butang-butang halus komputer riba ini
biar saja bekas contengan ini
biar saja dia tidur di sini
Loceng-loceng emas dimainkan oleh sang penjual aiskrim
tuntut jiwa kanak-kanak muda ke arah mereka
pinta-pinta duit si ibu supaya dibeli
kan itu contoh keinginan
kau, aku, dia
kita semua adalah pemilik sifat itu
kalau pokok itu mahunya air dan cahaya
perigi mahunya timba
aku pula mahu dia
Monday, December 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment