Monday, February 2, 2009

Persembahan dari syurga

Maaf, sudah agak lama tidak menulis. sibuk dengan kerja. aku paling gemar waktu lepas hujan. aku rasa pada masa itulah semuanya jadi kembali aman. aku berpendapat itulah ketikanya dunia ini berada dalam keadaan yang paling jujur. sunyi, tenang, dengan bunyi rintik hujan dan udara yang nyaman. sangat indah.

ku dongak ke langit
ada banyak bintang
hati pun berbisik
biar mereka persis terang

jiwa aku ini cetek, sekerdil tubuh aku. tapi dengan jiwa aku yang cetek inilah aku merasa. aku akui aku sedang menikmati saat ini. menikmati persembahan dari syurga ini. aku hampir tidak sedar akan dia. aku hampir terlepas dia ketika berjalan. jika tidak kutoleh berulang-ulang kali. aku sangat ingin bersama dia. aku ingin nikmati persembahan ini. aku harap dia juga begitu. aku harap dia juga tak mahu pergi. jujur dan ikhlas aku nyatakan ini.

No comments:

Post a Comment